- Menjalankan penyelidikan Pengajian Penterjemahan tulen dan terapan serta Interpretasi.
- Mewujudkan kolaborasi penyelidikan merentasi disiplin antara bidang Pengajian Penterjemahan dan Interpretasi dengan bidang pengajian atau disiplin lain.
- Mengadakan usahasama penyelidikan penterjemahan dan interpretasi yang melibatkan pelbagai bahasa asing dengan institusi-institusi lain.
- Menjalin usahasama dengan penerbit dan institusi lain dalam penerbitan karya terjemahan dan buku penyelidikan.
- Menawarkan kursus jangka pendek dan bengkel pelatihan penterjemah dan jurubahasa.
- Menyediakan perundingan dan perkhidmatan terjemahan dan kejurubahasaan.