Tarikh: 15-16 Oktober 2016 (Sabtu & Ahad)
Tempat:  Dewan Kuliah A, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Latar Belakang

Pengajian Penterjemahan sebagai satu disiplin akademik yang tersendiri semakin mendapat tempat di arena global. Di Malaysia, hal ini juga dapat dilihat melalui penawaran kursus dan program terjemahan dan interpretasi di beberapa institusi pengajian tinggi dan organisasi.  Semua kursus dan program ini dibentuk secara berasingan oleh institusi dan organisasi yang berkaitan dan mempunyai fokus yang tersendiri. Walau bagaimanapun, yang menjadi fokus utama dalam semua kursus dan program ini ialah pengajaran dan pembelajaran terjemahan dan interpretasi. Dalam usaha untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran terjemahan dan interpretasi di Malaysia, perlunya usaha untuk membincangkan dan mendokumentasikan pendekatan yang digunakan, terutamanya untuk tujuan pertukaran maklumat dan penambahbaikan. Perbincangan seperti ini juga dapat mencetuskan idea baharu yang dapat diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran terjemahan dan interpretasi di Malaysia.

 

Laman web seminar http://www.hum.usm.my/sti2016/

Galeri